BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan mufti

Saya seorang peniaga pencentakan dan saya ada beberapa soalan;

1) Adalah dibolehkan menghasilkan baju / produk yang mengandungi gambar,  kata-kata serta tema menyokong Palestine seperti "Free Gaza", " From River to the Sea" dan "Sumud Flotilla" ? Tujuan menghasilkan baju / produk tersebut adalah bertujuan supaya umat Islam terus mengingati serta berusaha membebaskan Palestine daripada penjajahan musuh Islam.

 

2) Adakah hasil jual baju/ produk tersebut halal dimakan dan digunakan oleh saya ?

 

3) Saya bercadang memberikan 10% daripada keuntungan produk kepada badan-badan berkaitan Palestine dan mungkin badan kebajikan di Malaysia juga ataupun saya perlu memberikan keseluruhan keuntungan selepas mengambil kira Kos untuk disedekahkan?

 

Sekian, terima kasih.

 

Assalamualaikum 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1) Diharuskan untuk menghasilkan baju atau produk yang bertemakan menyokong Palestine. Bahkan sangat digalakkan sebagai satu bentuk dakwah dan solidariti kepada perjuangan rakyat Palestine.

2) Hasil jualan baju tersebut adalah halal selagi mana ia bersumberkan sumber yang halal dan menepati hukum syarak dalam berjual beli.

3) Jumlah keuntungan yang hendak disedekahkan adalah tertakluk kepada keikhlasan tuan untuk berikan. Tiada ketetapan yang dihadkan untuk bersedakah. Ini kerana yang utama adalah keikhlasan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 7

message user image