BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, soalan saya, sekiranya saya tidak bersetubuh dengan isteri saya selama 2-3 minggu(saya tidak mengangkat benda berat) apabila saya kencing ada cecair putih pekat akan keluar selepas air kencing adakah ia air Wadi? Jika air mani saya perlu mandi wajib.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, perlu pastikan keadaan cecair tersebut seperti berikut:- 1. Air mani. Dinamakan air mani kerana keadaannya yang keluar dengan cara dan rasa lazat, serta diiringi lembiknya zakar dan merasai kepuasan syahwat selepasnya. Sekalipun ia tidak memancut kerana kuantitinya yang sedikit walaupun sekadar satu titis sahaja, atau keluar seperti warna darah kerana terlalu kerap melakukan jimak. Cecair ini mempunyai bau seperti tepung yang diuli apabila ia basah, atau berbau hanyir seperti bau telur putih jika ia kering. Wajib mandi wajib meskipun tidak merasa lazat ketika keluarnya ataupun jika keluarnya tanpa memancut (bagi lelaki) seperti keluar selepas mandi, sama ada bagi lelaki atau wanita. Tidak disyaratkan wujud kesemua sifat tersebut tetapi memadai dengan satu sifat sahaja. Jika kesemua sifat yang tersebut tidak ada, tidak wajib mandi kerana ia bukan mani. 2. Air mazi. Iaitu air yang berwarna putih, halus dan melekit. Keluar ketika bangkitnya permulaan syahwat atau ketika bermesra bersama isteri. Ia keluar tanpa memancut dan tidak diiringi dengan lembiknya zakar, kadang-kadang ia keluar tanpa disedari. Tidak wajib mandi dengan sebab keluarnya air mazi. 3. Air wadi. Iaitu air yang keruh dan pekat yang hampir menyerupai mani dari sudut kepekatannya dan tidak sama seperti mani dari sudut kekeruhan warnanya, tidak mempunyai warna dan keluar selepas kencing dan ketika mengangkat sesuatu yang berat. Wadi keluar sebanyak satu atau dua titisan, tidak wajib mandi dengan sebab keluarnya air wadi. Berdasarkan kepada situasi tuan, jika demikian keadaannya, maka ia merupakan air wadi dan tidak wajib mandi dengan sebab keluarnya cecair tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 95

message user image