BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya nak tanya apa hukum gugurkan kandungan yang berusia 4 minggu atas sebab saya risau kerana suami akan bertugas di Sabah dan saya di semenanjung. Kami mempunyai 2 anak lagi 5 tahun dan setahun 6 bulan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, berdasarkan Firman Allah S.W.T: وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا Maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar”. (Al-Isra’ : 31) Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tentang hukum pengguguran bayi: Menurut ijmak fuqaha’ haram menggugurkan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang teruk. Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri ; dan Ijmak fuqaha berpendapat pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu. Melalui keputusan ini, maka jelaslah bahawa kandungan puan yang hanya berusia 4 minggu adalah makruh hukumnya untuk digugurkan tanpa ada sebarang alasan yang syarie, dan mesti mendapat persetujuan antara suami dan isteri. Alasan puan kerana tinggal jauh dengan suami bukanlah alasan yang kukuh untuk menggugurkan anak tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 208

message user image