BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, ketika saya membuat carian internet perkataan 'bercerai' tiba tiba isteri memarahi saya dan disebabkan itu saya marah dan terlintas cerai disebabkan saya sedang membuat carian tersebut. adakah itu dimaksudkan talak secara tulisan? saya takut talak berlaku.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, dalam situasi tersebut ia tidak dikira sebagai talak kerana apa yang berlaku itu hanya lintasan hati sahaja, sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: إن الله تجاوز عن أمتي ما حدثت به أنفسها ما لم تعمل أو تتكلم Maksudnya : “Allah akan mengampuni umatku atas apa yang dia bicarakan dalam hatinya, selama dia tidak melakukan atau menyatakannya.” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 169

message user image