Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan dan puan,
Saya ingin bertanya tentang cara melupuskan kertas yang mengandungi nama Allah S.W.T dan rasulullah tetapi tidak mengandungi ayat al-Quran dan hadis. Adakah cara pelupusannya sama seperti cara pelupusan al-Quran di mana kita perlu membakarnya dan menanamnya dalam tanah tidak dipijak orang atau kedalam sungai atau laut atau terdapat cara lain. Bagaimankah sekiranya kita menggunakan cecair penanggal dakwat untuk menghilangkan kesan tulisan tersebut, adakah kita masih perlu membakarnya dan melupuskannya?
Jawapan
Mana-mana buku atau tulisan yang terdapat ayat-ayat al-Quran dan nama Allah SWT perlulah dibakar lalu dabu tersebut dihanyutkan dalam laut atau sungai yang mengalir. Boleh juga dengan cara memadam atau menghilangkan tersebut. Badruddin al-Ayni menjelaskan:
Maksudnya: Hadis ini menyatakan harus membakar kitab yang terdapat padanya nama Allah SWT dengan api kerana memuliakannya dan menjaganya daripada dipijak. Dikatakan: Pendapat ini merupakan untuk zaman itu, ada pun pada zaman sekarang, maka dengan membasuhnya apabila berhajat untuk menghilangkan tulisannya.
Sekian, terima kasih.