Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Nak tanye soalan , sebagai seorang Muslim yang bekerja dalam bidang transport, adakah dibenarkan dalam Islam untuk kita membawa babi
Sekian terima kasih
Jawapan
Hukum membawa atau menghantar khinzir ke suatu destinasi tergantung kepada tujuan penghantaran tersebut. Sekiranya khinzir tersebut akan dijual atau disembelih dan dimakan dagingnya maka haram bawa khiznir tersebut kerana termasuk dalam membantu perkara yang berdosa. Firman Allah SWT dalam Surah al-Ma'idah ayat 2:
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Sekiranya penghantaran tersebut bukan bertujuan ke arah maksiat atau dosa seperti dihantar ke tempat rawatan atau dihantar semula ke hutan atau perhilitan maka ia dibenarkan.
Sekian, terima kasih.