Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, Tuan. Dengan rasa amat berdosa & sangat rendah diri ingin meminta pertolongan & penjelasan dari pihak Tuan, saya mempunyai sepasang anak kembar seorang lelaki & seorang perempuan yang tidak sah taraf. Bagaimana prosedur yang sepatutnya saya ambil dan langkah-langkah yang perlu di ambil jika kedua anak saya hendak bernikah. Saya perlu detail untuk anak lelaki & anak perempuan, adakah sama?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, prosedur pernikahan bagi anak tak sah taraf bagi perempuan adalah melalui permohonan wali hakim, manakala bagi lelaki permohonan adalah seperti permohonan biasa. sebaiknya rujuk ke Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam berhampiran untuk keterangan lebih lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.