Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya telah membuat pembayaran untuk kaffarah nazar di laman web e-MAIS sebanyak RM63.00 berdasarkan pengiraan kalkulator kaffarah nazar tetapi saya semak pengiraan kalkulator MAIWP pula mengatakan saya perlu membayar sebanyak RM100. Adakah saya perlu menambahkan RM37.00 untuk mencukupkan ke RM100 sebab saya tinggal di Kuala Lumpur? Terima kasih.
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Memandangkan puan menetap di Kuala Lumpur maka disarankan agar baki pembayaran fidyah dijelaskan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pihak berautoriti yang menguruskan agihan kepada asnaf fakir miskin di Wilayah Persekutuan. Bayaran tersebut adalah mengambil kira ketetapan kadar yang telah ditetapkan di negeri Wilayah Persekutuan.
Sekian, terima kasih.