Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Khubah jumaat dibaca dalam Bahasa inggeris padahal dalam mukim tersebut jemaah mejoriti orang melayu. Saya sendiri tidak memahami sepenuhnya text yang disampaikan (maklumlah tidak fasih). Apakah hukumnya...
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Khutbah Jumaat tetap sah selagi rukunnya disampaikan dalam bahasa Arab. Namun begitu, jika kebanyakan jemaah ialah orang Melayu dan kurang menguasai bahasa Inggeris maka membacakan khutbah sepenuhnya dalam bahasa Inggeris tidaklah sesuai kerana ia menghalang jemaah daripada memahami isi nasihat dan peringatan yang ingin disampaikan. Sebaiknya khutbah tersebut menggunakan bahasa yang difahami oleh majoriti jemaah, atau sekurang-kurangnya disertakan terjemahan agar tujuan khutbah dapat dicapai dengan sempurna.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk artikel berikut:
https://www.muftiselangor.gov.my/2025/03/06/hukum-menyampaikan-khutbah-selain-bahasa-arab/
Sekian, terima kasih.