BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Sah atau tidak jika suami menceraikan isterinya waktu sedang hamil padahal suami tidak tahu isterinya hamil. Selepas bercerai, isterinya menggugurkan kandungan itu. berapa lamakah iddah wanita itu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, perceraian ketika mengandung adalah sah. Tempoh iddah bagi perempuan mengandung yang diceraikan ialah sampai melahirkan anak. Sebaiknya rujuk ke Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam berhampiran untuk keterangan lebih lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 94

message user image