Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
As Salam Mualaikum Wbt.
Kesedaran kepada kematian sememangnya sudah diteraskan lagi awal kepada semua. Namun segelintir mungkin ada yang gagal kerana khayal dunia mengatasi kematian.
Di sini saya ingin bertanya akan kesedaran kita pada ibadah. Ada setengahnya duit dulu baru ibadah. Ada juga setengahnya ibadah dulu tanpa mengira bayaran.
Pelbagai bantuan kini yang wujud di pelbagai negeri dan negara tentang skim khairat kematian. Mengapa pihak yang berwajib seperti Masjid atau Jabatan agama negeri tidak melihat ini sebagai satu kelebihan bagi pihak kariah. Megapa saluran baantuan negeri seperti ini tidak berhubung dengan Masjid ketika perkara2 yang diperlukan dalam sudut kecemasan tidak ada. Umpama bantuan itu adalah sebuah pekerjaan yang perlu di bayar.
Terakhir. Jika wakil yang tinggal dikariah meninggal mereka tidak berdaftar atas yuran khairat kematian untuk kawasan tersebut berlaku duit dulu perlu di bayar baru ibadah kemudian.
Saya inginkan jawapan yang kukuh bagi perkara ini. Saya ingin tahu apa sedang terjadi di masjid2 serata selangor yang melihat duit sebagai bayaran kepada ibadah mereka.
Jawapan
Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Secara asasnya, skim khairat kematian diwujudkan sebagai tabungan kebajikan komuniti bagi menampung kos operasi pengurusan jenazah seperti keperluan peralatan, logistik dan kebajikan petugas. Tujuan utamanya adalah untuk meringankan beban ahli keluarga si mati, bukan sebagai bayaran kepada ibadah pengurusan jenazah itu sendiri. Pelaksanaan skim ini bergantung kepada caruman ahli, dan kadar bantuan lazimnya ditentukan berdasarkan jumlah sumbangan serta bilangan ahli dalam sesuatu kariah.
Namun perlu ditegaskan bahawa urusan pengurusan jenazah merupakan fardu kifayah, dan pelaksanaannya tidak sepatutnya disyaratkan dengan kemampuan kewangan atau status keahlian khairat. Dalam keadaan kecemasan atau ketidakmampuan, pendekatan ihsan dan tanggungjawab sosial perlu diutamakan, sementara bantuan kewangan boleh diusahakan melalui saluran kebajikan yang bersesuaian.
Berhubung aspek pentadbiran dan pelaksanaan skim khairat kematian di peringkat masjid, perkara ini berada di bawah bidang kuasa pihak berautoriti. Oleh itu, tuan adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan gambaran menyeluruh berkaitan dasar serta garis panduan yang berkuat kuasa di negeri Selangor Darul Ehsan.
Sekian, terima kasih.