BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Beberapa hari yang lalu, saya bangun tidur dan selepas saya membuka baju untuk mandi, saya nampak macam ada kesan di hujung² boxer. Kesan tersebut sedikit sahaja. Saya rasanya pada malam tu saya ada mimpi sedikit, tetapi tak ingat ada mimpi apa2 yg boleh menaikkan syahwat.

Kesan di boxer tersebut rasanya macam takda warna sangat cuma boleh nampak ada kesan. Kesan tersebut kering dan rasa licin dan tidak rasa keras atau kasar pun dan daripada apa saya ingat tiada bau macam air mani. Saya meletakkan air sedikit di kesan dan ia melekat sedikit di jari saya. Saya berasa waswas sama ada saya terkeluar mani atau mazi atau mungkin kesan itu daripada apa2 yang berlaku dulu. Saya juga waswas dalam hal ini kerana kesan itu berada di kawasan yang agak pelik yang jauh daripada kemaluan saya. Di kawasan kemaluan saya tiada kesan apa2 pun, hanya di hujung kaki boxer tersebut.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan:

Salah satu daripada perkara yang mewajibkan mandi wajib adalah keluar air mani. Di antara tanda-tanda diwajibkan mandi wajib kerana keluar air mani apabila berlaku salah satu daripada perkara berikut:

  • Ia keluar dengan rasa lazat dan kepuasan syahwat.
  • Ia keluar secara memancut.
  • Mempunyai bau seperti tepung yang diuli apabila ia basah atau berbau hanyir seperti bau putih telur jika ia kering.

Oleh itu, berdasarkan tanda-tanda di atas jika ianya berlaku maka air tersebut dikenali sebagai air mani dan perlu mandi wajib. Namun jika ia tidak melibatkan kepada tanda-tanda di atas, maka air tersebut bukan air mani dan tidak perlu mandi wajib.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 31

message user image