BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Husband ayh sakit dh keluar wad .dia nk blik .tapi kami ada rm700.

Tapi tu duit saya .sya kerja gru mystep .

Perbelanjaan anak2 lagi .

Mkn minum harian .mnyk keta nk p kerja .ayh dia dk tepon sruh blik.

Kak dia call ngis kata nanti dia mnyesal klo x blik.

 

Sepatutnya jnji hri ni blik .tp x jd.sebab kereta tayar x brpa ada bunga .

Dri shah alam ke klntn x berani .

 

Nk ckp x da duit nti mereka sruh meminjam sb nk blik.tp blik ke shah alam berat nk tanggung hutang .

 

Adakah dia ank derhaka .?

Bagi dalil


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Secara asasnya setiap anak diwajibkan berbuat baik kepada ibu bapa sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah al-Isra' ayat 23 - 24:

(23) وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا 

(24) ‏ وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا 

Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil". (24)

Namun begitu, dalam isu yang dibangkitkan ini, ia tidaklah dikira berdosa dan dihukum sebagai anak derhaka kerana tiada sebarang unsur pengabaian terhadap bapa. Tambahan pula, perkara ini melibatkan toleransi antara anak dengan bapa serta adik beradik yang perlu diurus dengan baik. Oleh itu, cara yang terbaik bagi seseorang anak dalam situasi ini adalah melakukan perbincangan antara ahli keluarga dan bapa, terangkan dan berikan kefahaman kepada mereka tentang kekangan dan situasi yang dialami. Dalam masa yang sama, perbincangan yang dilakukan mestilah dengan menggunakan bahasa yang lembut dan berhemah dengan penuh hikmah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Taha ayat ke-44:

فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ

Maksudnya: Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut.

Justeru, sebagai seorang anak perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diberi kesihatan serta kesejahteraan yang baik kepada kedua ibu bapa. Semoga Allah SWT memberikan kefahaman dan kemudahan dalam sebarang kesulitan yang dialami

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 51

message user image