Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Mohon penjelasan berkenaan darah haid atau istihadah: saya nak tanya , saya datang haid hari pertama pada 2/11 @tengahari dan darah yang keluar adalah sedikit dengan warna kuning sahaja.dan darah hanya keluar pada hari pertama sahaja. Pada 14/11 @petang saya dapati ada darah yang keluar dan sehingga 17/11 masih ada darah yang keluar seperti mana apabila saya datang haid sebelum ini (iaitu merah dan pekat). Persoalan saya adakah pada 14/11 itu dikira hari pertama haid saya atau bersambung dari 2/11? Ini bertujuan untuk saya nak kenalpasti darah tersebut haid atau istihadah
Jawapan
Secara asasnya, sekurang-kurang darah haid adalah sehari semalam atau 24 jam. Darah berwarna kuning yang keluar pada 2/11 dianggap bukan darah haid kerana tidak memenuhi syarat sekurang-kurang darah haid (24 jam). Darah haid bermula pada 14/11 hingga 17/11 kerana melebihi syarat sekurang-kurang haid dan sifat darahnya yang merah dan pekat.
Sekian. Terima kasih.