BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

saya bergerak ke penang untuk bekerja pada pukul 7.30 pagi dari kuala lumpur. bolekah saya jamak (zuhur dan asar) jumaat dan asar (hari jumaat)  memandangkan saya keluar rumah selepas subuh.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, diharuskan jamak bagi orang yang bermusafir melebihi dua marhalah walaupun keluar selepas subuh. Ini kerana, syarat musafir ialah melepasi sempadan tempat tinggal dengan niat perjalanan jauh dan bukan bergantung pada waktu keluar. 

Solat Jumaat dan asar secara jamak adalah dibolehkan dengan syarat dilakukan secara taqdim sahaja. Caranya adalah dengan melakukan solat Jumaat secara berjemaah seperti biasa. Setelah selesai, terus bangun semula untuk mengerjakan solat qasar asar.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 42

message user image