Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam ustad, apakah hukum solat jika saya ada ubat di dalam poket. Contohnya Panadol atau pil vitamin. Saya simpan ubat di dalam poket. Adakah sah solat saya? Adakah ubat2 itu dikira najis? Mohon pencerahan ustad.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, solat adalah sah kerana ubat seperti pil, kapsul atau vitamin hukumnya suci dan tidak najis, dan membawa benda suci di dalam poket ketika solat tidak menjejaskan kesahihan solat.
Sekian, terima kasih.