BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Kalau kita mengadakan majlis tahlil .bolehkah kita menjemput orang bukan islam untuk datang makan sahaja tanpa menyertai tahlil? 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Hukum melaksanakan tahlil adalah harus dan dapat pahala kerana antara memelihara perpaduan, zikrullah, membaca Quran dan berdoa memohon kebaikan sejajar dengan Fatwa Selangor tahun 2014, sila rujuk pautan:

FATWA MENANGANI PERSOALAN BID'AH DALAM MASALAH IKHTILAF/KHILAF PERKARA FURU

Manakala menjemput orang bukan Islam untuk menghadiri majlis tersebut adalah diharuskan dengan mengambil kira tatasusila yang sesuai dengan majlis seperti pemakaian serta etika yang berkaitan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 57

message user image