BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Hukum Penetapan Kadar Mas Kahwin Bagi Negeri Selangor. “Menetapkan had minima kadar nilai Maskahwin sebanyak RM 300.00 bagi anak dara atau janda tanpa ada had maksima. Sekiranya terdapat wang hantaran daripada pihak lelaki, ianya dikira sebagai Maskahwin”. Soalan: Berdasarkan pernyataan di atas, adakah tidak boleh menggunakan wang hantaran untuk belanja kenduri? atau ada kaedah lain yang membolehkan wang hantaran digunakan untuk majlis kenduri Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, maskahwin adalah hak isteri, maka terpulang kepada isteri untuk menggunakan wang tersebut. Jika wang tersebut hendak digunakan untuk kenduri atau sebagainya adalah dengan meminta izin isteri terlebih dahulu kerana wang tersebut adalah hak isteri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 83

message user image