BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Adakah dikira bernazar jika perkara yang dinazarkan itu berterusan. Cth yg dimaksudkan adalah seseorang berniat nazar untuk tidak lagi memakai pakaian yang agak ketat jika lulus belajar Master. Boleh ustaz/ Ustazah jelaskan secara terperinci. Jika iya dikira bernazar, bagaimana hukumnya jika si pelaku terlupa dan memakai pakaian yang agak ketat ketika keluar rumah. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Nazar adalah mewajibkan ke atas diri sendiri perbuatan qurbah (mendekatkan diri dengan Allah) yang tidak ditentukan dalam syarak, sama ada secara mutlak ataupun dengan menta’liqkan (iaitu mengaitkan) dengan suatu perkara.

Hukum melunaskan nazar adalah WAJIB sebagaimana hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia melaksanakan ketaatan itu, dan barangsiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat maka janganlah dia melakukan maksiat itu. (Riwayat al-Bukhari)

Berbalik kepada persoalan, keadaan tersebut tidak dianggap sebagai nazar kerana sesuatu perintah wajib yang datang daripada Allah SWT tidak disyaratkan nazar. Perlu difahami bahawa penjagaan aurat adalah sebuah perintah yang jelas daripada Allah SWT. Justeru sebagai seorang hamba diwajibkan menjaga kehormatan diri dengan memperagakan pakaian yang menepati syarak dan menjaga kehormatan diri.

Adapun berkaitan isu terlupa menutup aurat dengan sempurna, perkara tersebut wajar dijadikan ruang untuk bermuhasabah diri serta memohon keampunan kepada Allah SWT atas kekhilafan yang telah berlaku. Semoga Allah SWT mengurniakan kemudahan dan istiqamah dalam memelihara kesempurnaan agama.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 38

message user image