BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ustazah, maaf sekiranya text saya panjang.

Ayah saya pernah bagitahu, kalau kita naik kapal terbang dan apabila masuk waktu solat, mestilah kita kene solat tapi bezanya kita tidak berwudhuk sebab kita solat tu atas dasar "hormat waktu solat" dan kalau nak solat pon takde kiblat sebab semasa kita tengah terbang tu kiblat akan berubah-ubah. Apabila kita sudah landing, kata ayah saya kita kene qada solat yang tinggal semasa kita tengah fly.

Jadi soalan saya adalah,

Saya akan menjalani internship di atas kapal. Saya akan berada di atas kapal tu selama 6 bulan dimana saya akan berlayar dari satu destinasi ke satu destinasi (contoh: Malaysia ke Jepun dan dari Jepun ke Korea). Saya pernah baca di website mufti tentang keadaan ini dan ia menyatakan hukum harus untuk saya melaksanakan jamak dan qadar. Tapi kiblat masih berubah-ubah. Jadi, perlukah saya qada solat saya selama 6 bulan di atas kapal itu?

Sekian itu sahaja dari saya, terima kasih ustaz/ustazah.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, seseorang yang ingin menunaikan solat di atas kapal perlu memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukunnya yang ditetapkan oleh para ulama. Mengikut mazhab Syafi'i, seseorang yang ingin menunaikan solat di atas kapal perlu menghadap kiblat sepanjang solatnya. Disebutkan dalam kitab al-Majmuk karya Imam al-Nawawi (3/233):

‌أما ‌الراكب ‌في ‌سفينة ‌فيلزمه ‌الاستقبال وإتمام الأركان سواء كانت واقفة أو سائرة لأنه لا مشقة فيه وهذا متفق عليه هذا في حق ركابها الأجانب

Maksudnya:  Adapun orang yang menaiki kapal maka wajib ke atasnya menghadap kiblat dan menyempurnakan segala rukun sama ada kapal itu berhenti atau sedang belayar kerana sungguhnya tidak ada kesukaran padanya dan ini telah disepakati oleh ulamak atasnya. Keadaan ini adalah bagi mereka yang merupakan penumpang biasa. 

Oleh itu, apabila kapal berubah arah ketika dia sedang menunaikan solat, maka dia perlu berpusing menghadap arah kiblat. Jika dia tidak dapat menghadap arah kiblat, maka dia perlu mengulangi semula solat itu apabila sampai di daratan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 40

message user image