Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, dalam Islam, pasu berbentuk patung separuh atau arca berbentuk makhluk bernyawa (manusia atau haiwan) sebagai hiasan adalah dilarang (haram), sama ada diletakkan di dalam rumah atau di taman halaman rumah, kerana ia termasuk dalam larangan membuat atau menyimpan gambar atau patung makhluk bernyawa.
Antara hadis yang menyebutkan tentang Malaikat tidak masuk ke dalam rumah kerana ada gambar atau patung adalah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Talhah bahawa Rasulullah SAW:
Maksudnya: Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang mempunyai anjing dan juga gambar (atau patung). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam isu seperti di atas, apabila disebut rumah yang berbentuk tempat, yang kita gunakan maka ia termasuk juga taman di halaman rumah dan seumpamanya.
Sekian, terima kasih.