Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya nak bertanya berkenaan hukum bersalaman dengan datuk saudara sebelah suami. Boleh kah saya bersalam dengan datuk saudara suami? Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, adik-beradik lelaki kepada datuk suami adalah bukan mahram (yakni tidak termasuk dalam hubungan yang halal dinikahi jika bercerai) bagi seorang isteri menurut mazhab Shafi‘i. Maka hukum bersalaman dengannya adalah haram kerana termasuk ajnabi.
Sekian, terima kasih.