Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..
Soalan saya, kenapa di Afghanistan dan Iran, orang Islam di sana membela anjing seperti membela keldai? Apa hukumnya?
Terima kasih.
Jawapan
Berkenaan isu ini terdapat banyak nas dan dalil yang melarang umat Islam membela anjing tanpa sebab yang diharuskan oleh syarak. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang membela anjing selain dari anjing memburu, atau anjing yang menjaga tanaman, berkurang pahalanya setiap hari sebanyak dua qirat (Riwayat Muslim)
Sebahagian ulama, mengizinkan pemeliharaan anjing untuk keperluan seperti menjaga ternak, berburu, atau menjaga rumah. Terdapat perbezaan pendapat dalam penafsiran hukum Islam mengenai anjing, tetapi kebanyakan ulama sepakat bahwa membela anjing yang tidak memiliki tujuan yang jelas, seperti anjing peliharaan biasa, akan mengurangi pahala pemiliknya.
Kesimpulannya, Tidak ada dasar agama yang menyatakan bahwa anjing harus dibela seperti keldai. Majoriti ulama sepakat bahwa anjing adalah najis, tetapi boleh dipelihara jika ada tujuan yang dibenarkan oleh Islam, seperti menjaga ternak, berburu, atau menjaga harta. Walau bagaimanapun, pemeliharaan anjing semata-mata sebagai haiwan peliharaan (hiburan) tanpa keperluan yang sah disisi syarak adalah dilarang, malah boleh menjejaskan pahala pemiliknya berdasarkan hadis yang dinyatakan.
Sekian, terima kasih