BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum , saya ingin pencerahan mengenai rukhsah jamak. Saya ingin melancong ke luar negara selama 6 hari dan tempat penginapan hanya dijadikan tempat tidur. Bolehkah saya melakukan jamak memandangkan saya sentiasa berjalan dari satu tempat ke tempat lain (luar kawasan tempat kita menginap) tetapi perjalan tidak lebih 2 marhalah , selain kemudahan untuk solat juga sukar untuk didapati khususnya bagi wanita.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Jamak dan qasar merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan bagi orang yag bermusafir. Dalam mazhab Syafi'i seseorang yang bermusafir melebihi dua marhalah (81 km) dibolehkan untuk melakukan jamak dan qasar solat selagi mana dia tidak berniat untuk menetap di kawasan tersebut melebihi empat hari penuh selepas tolak hari perjalanan pergi dan perjalanan balik. Justeru, jika 6 hari yang dimaksudkan termasuk hari pergi dan balik, maka puan boleh melakukan jamak dan qasar solat sepanjang berada di sana. Adapun jika 6 hari tersebut tidak termasuk hari pergi dan balik, maka puan hanya boleh jamak dan qasar selagi mana belum berlalunya 4 hari sempurna, iaitu tidak termasuk hari datang dan hari balik.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 24

message user image