BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/mufti,

Maaf jika soalan saya agak kurang senang. Haritu saya ada masuk bilik adik lelaki utk kemaskan bilik dan tukar cadar, kemudian masa saya masuk nak tukarkan cadar tu saya terpegang ada kesan basah (cairan yg keluar dari kemaluan tu) dkt cadar dia, masa tu saya rasa ciri2 air tu mcm air madzi which is dia mcm jernih, melekit dan licin2 sikit tapi saya tak dpt pastikan betul2 sama ada air madzi or air mani sbb bukan saya punya kan, jadi saya tak tahu cara dia keluar tu sama ada dgn syahwat atau rasa lazat dan sebagainya. Tapi saya yakin sebelum itu adik saya masturbate sebab dia macam terkejut bila saya masuk bilik dia secara tiba-tiba.

Masalahnya mcm ni, saya mintak dia bersihkan, kemudian saya perasan lepas dia bersihkan tu, dia guna tisu basah yg sama dia guna utk lap air madzi/mani dkt cadar tadi utk lap kotoran dkt lantai masa tu (dia guna kaki masa dia lap lantai tu), lepastu dia berjalan satu rumah after dia lap guna kaki, sekarang saya rasa satu rumah bernajis sebab kesan dia lap lantai guna tisu basah tadi.

Skrg mcm mana hukumnya ye? Saya merasakan semua barang2 dan lantai rumah skrg bernajis, saya sampai jadi stress sbb mcm rasa solat tak sah. Kalau mmg hukumnya bernajis, adakah saya perlu untuk membasuh kembali satu rumah, tapi agak sukar bagi saya denagn keadaan rumah yang terlampau banyak barang dan saya tidak tahu betul2 di mana status najis tersebut. 

Terima kasih ustaz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Jika dapat dipastikan kesan air pada cadar dan juga lantai tersebut adalah air mani, maka kesan tersebut adalah tidak bernajis ini kerana air mani adalah suci dan tidak mengandungi najis. Oleh itu, lantai dan juga cadar tersebut juga tidak bernajis. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image