BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum WBT

Saya Siti dari Shah Alam. Saya ingin bertanya. Saya menetap di Shah Alam dan saya merancang perjalanan percutian ke Genting Highland. Tetapi sebelum sampai ke destinasi di Genting, saya perlu singgah dahulu ke Raub, Pahang. Adakah saya dikira musafir yang boleh jamak kan solat fardu?


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, puan dikira sebagai musafir dan dibenarkan untuk melakukan solat jamak serta qasar bagi solat fardhu. Hal ini kerana, sebaik sahaja puan keluar dari kawasan Shah Alam dengan niat bermusafir, puan telah memperoleh rukhsah musafir. Tambahan pula, perjalanan dari Shah Alam ke Genting Highlands mencapai jarak dua marhalah (81 kilometer).

Singgahan puan di Raub, Pahang tidak membatalkan status musafir, selagi mana singgahan tersebut hanyalah untuk tujuan rehat, makan, menunaikan solat atau bermalam kurang daripada tiga hari, tidak termasuk hari tiba dan hari bertolak, serta tiada niat untuk menetap di Raub.

Walau bagaimanapun, apabila puan telah sampai di Genting Highlands dan berniat untuk menetap selama tiga hari atau lebih, maka status musafir tamat. Oleh itu, puan hendaklah menunaikan solat fardhu secara sempurna, tanpa melakukan jamak dan qasar.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 25

message user image