BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: 1. Sekiranya suami pernah menyatakan "tahun depan kalau kita tidak dapat anak lagi, kita pisah" apakah hukumnya? 2. Sekiranya suami pernah menyatakan "kalau dah 5 tahun kahwin kita tidak dapat anak lagi, kita pisah" apakah hukumya? 3. Sekiranya suami pernah menyatakan "lepas balik umrah nanti kita cerai" apakah hukumya? 4. Sekiranya suami pernah menyatakan dalam sms berbunyi " ok kita pisah" apakah hukumya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan: 1. Bagi persoalan pertama dan kedua, lafaz taklik yang dinyatakan oleh suami adalah sah. Namun, lafaz pisah adalah lafaz berbentuk kinayah. jika yang dimaksudkan adalah cerai, maka apabila sampai masa yang ditentukan jatuhlah talak. 2. Bagi persoalan ketiga, jelas ia merupakan lafaz cerai taklik yang bermaksud cerai berlaku apabila balik sahaja daripada mengerjakan umrah. 3. Bagi persoalan keempat, lafaz “ok kita pisah” adalah lafaz kinayah. Jika pisah yang disebutkan itu dengan niat cerai, maka jatuhlah talak. Bagi semua persoalan yang dinyatakan, pengesahan lafaz cerai di Negeri Selangor adalah dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Pihak puan boleh merujuk terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal bagi mendapatkan khidmat nasihat dan pengesahan status pernikahan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 165

message user image