Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ...
Sebelum mandi wajib Saya mencuci anggota badan yang kotor dengan sabun di Celah Kelangkang... Semasa mandi wajib baru Saya teringat kotoran sabun di Celah Kelangkang itu saya lupa cuci jadi Saya cuci sekali serentak sewaktu mandi wajib dengan dua tiga kali cucian.. Adakah Saya perlu ulangi cucian di Celah Kelangkang setelah mencuci serentak tadi? Adakah batal mandi wajib saya?
Jawapan
Merujuk persoalan yang diajukan rukun atau fardu mandi junub ada tiga iaitu:-
1) Niat mengangkat hadas besar atau mengangkat janabah.
2) Membersihkan najis dan kotoran yang melekat pada badan dan menghalang air daripada sampai ke kulit.
3) Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk kulit dan bulu-bulu yang ada di badan.
Oleh itu, mandi wajib tersebut tidak batal dan tidak perlu diulangi. Ini kerana sah hukum mandi wajib selagi mana yakin air telah diratakan walaupun sekali ke seluruh anggota badan termasuk kulit dan bulu-bulu yang ada di badan. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh :
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan (syak).
Oleh yang demikian, selagi mana telah yakin air sampai ke celah kelangkang dan penghalang telah dibersihkan, maka keraguan selepas itu tidak menjejaskan dan tidak menghilangkan sahnya mandi wajib seseorang.
Sekian, terima kasih.