BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, baru baru ini saya mendapati cara duduk di antara dua sujud yang saya lakukan adalah cara yang salah iaitu dengan duduk atas kedua dua kaki sementara jari kaki dalam keadaan tidak berlipat menghadap kiblat (at rest). Adakah sah solat saya? Dalam proses membetulkan yang biasa ini, terkadang saya melakukan posisi yang sama dan teringat ketika berada dalam posisi sujud, adakah saya perlu menambah rakaat jika ianya berlaku bagi menampung kekhilafan rakaat sebelumnya? 

Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, hukum solat yang dikerjakan oleh puan adalah sah di sisi syarak. Hal ini kerana duduk antara dua sujud iftirash iaitu kedudukan punggung di atas kaki kiri manakala kaki kanan ditegakkan dengan keadaan jari kaki dilipatkan mengadap kiblat (jika mampu) hanya disunatkan dalam solat sebagaimana disebut dalam kitab fekah antaranya Kitab Matla' Al-Badrain Tahkik Jabatan Mufti Negeri Selangor Jilid 1 Muka Surat 88. Manakala, yang menjadi rukun dalam solat adalah melakukan duduk antara dua sujud dalam apa jua keadaan yang mampu. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 29

message user image