BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya dan keluarga bercadang akan menunaikan umrah pada akhir ramadhan. Tiket flight dari kl-madinah(transit 6jam)- ke Jeddah. Sepertimana yang saya ketahui miqat dilapangan terbang madinah. Pertanyaan saya.. dimana kah perlu memakai ihram. Adakah dari KLIA..atau di lapangan terbang Madinah..?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, miqat makani sesorang yang ingin menunaikan umrah ialah mengikut tempat di mana dia berada. Jika puan sudah berniat dari awal ingin melakukan umrah, maka apabila sampai di Madinah, miqat makani di mana puan perlu berniat ihram adalah di Zulhulaifah atau dinamakan sebagai Bi'r Ali. Pakaian ihram boleh dipakai bermula di KLIA atau ketika sampai di miqat. Adapun larangan ihram bermula apabila puan sudah berniat ihram.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 24

message user image