BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Mohon pendapat tuan berkenaan anjing liar yang masuk ke dalam masjid UiTM (ruangan ber-tile anjung masjid sahaja) dan mengoyakkan sofa masjid. Adakah masjid perlu disamak dan juga sofa yang digigit juga perlu di samak.? Tujuan pertanyaan ini ialah untuk mendapatkan jawapan rasmi sebagai meredakan kegusaran kepada jemaah yang berkunjung ke Masjid ini. Terima kasih atas perhatian pihak tuan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, perlu disertu sofa yang telah digigit oleh anjing tersebut. Manakala bagi ruangan anjung masjid, perlu disertu apabila diyakini dengan jelas terdapat ‘ain najis anjing atau yang bersangkutan dengan anjing dikawasan anjung masjid tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 68

message user image