Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.. ustaz
1.Saya ingin bertanya tentang babi hutan dan anjing yg sentiasa menceroboh halama rumah yg berumput ( keluasan lebih kurang 60 kaki x 60 kaki)....juga anjing kencing dikawasan tersebut..
2.anjing juga masuk dikawasan porch kereta
Apa hukumnya dan adakah wajib disertu..
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa sesuatu bahagian pada sesuatu kawasan dituntut untuk disucikan dan disertu adalah jika jelas terdapat ‘ain najis. Kawasan di luar rumah yang menjadi tempat lalu-lalang binatang seperti babi hutan dan anjing tidak dituntut untuk disertu melainkan jelas terdapat ‘ain najis seperti tahi, bulu dan air liur.
Sekian, terima kasih.