Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya dah suami ada bergaduh, dan suami sebut 'Dah kita cerai jelah. Jom pergi mahkamah'. Kemudian saya tanya adakah dia mmg ada berniat cerai masa cakap tu, suami kata tak ada niat. Sebab dia kata saya yg mcm nk sgt cerai tu. Jadi adakah sudah jatuh cerai?
Jawapan
Merujuk kepada ayat suami "dah kita cerai jelah. Jom pergi mahkamah" boleh dianggap sebagai lafaz talak soreh maka jatuhlah talak.
Walau bagaimanapun, untuk kepastian bolehlah merujuk dalam kadar segera ke Unit Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat dan Mahkamah Syariah sebagai pihak yang berbidangkuasa di dalam memutuskan suatu lafaz itu boleh membawa kepada talak itu terjadi ataupun tidak.
Sekian, terima kasih