BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualikum, ingin bertanya

Boleh seseorang isteri yang kematian suami(masih dalam iddah) pergi ke majlis konvekesyen anaknya?.

Bolehkah dia di bawa bersama ke hotel kerana tempat graduasi di negeri lain dan risau untuk tinggalkan di rumah seorang diri tanpa ada pantauan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Wanita yang kematian suami dibolehkan keluar rumah jika ada keperluan dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan oleh Islam. Antara keperluan penting yang membolehkan wanita yang beriddah kerana kematian suami keluar rumah adalah untuk mendapatkan rawatan, mendapatkan barangan keperluan asas atau keluar sekiranya terdapat ancaman terhadap nyawa atau harta. Hal ini juga termasuk kebenaran keluar bekerja bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja. Maka, wajar dalam keadaan memerlukan ini wanita yang beriddah kerana kematian suami keluar bekerja atau berniaga untuk meneruskan kehidupan.

Merujuk kepada persoalan, menghadiri majlis graduasi anak bukanlah suatu keadaan darurat yang membenarkan seseorang balu untuk keluar rumah. Adapun kerisauan meninggalkannya seorang diri di rumah tanpa pantauan, ahli keluarga perlulah berbincang untuk menemaninya di rumah dan berusaha untuk berbuat demikian. Sekiranya tidak ada yang menemaninya, maka boleh bawa bersama ke hotel.

Graduasi anak tetap berjalan biarpun ketidakhadiran ibu. Sebagai alternatif, ibu boleh menonton siaran langsung video majlis graduasi yang berlangsung tersebut. Dengan doa dan restu ibu mudah-mudahan majlis berjalan lancar dan diberkati Allah SWT.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 61

message user image