BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

 Assalamualaikum. Saya inginkan pencerahan mengenai satu perkara. Saya dan bekas suami berpisah selama 2 tahun. Saya telah menuntut fasakh sebab dia tidak pernah memberi nafkhah selama 8 tahun berkahwin dan memutuskan hubungan dgn keluarga kandung saya. Selama 2 tahun kami tidak pernah berjumpa langsung. Akhirnya dia ceraikan saya dengan talak 3. Waktu iddah saya dikira selepas jatuh talak atau selepas saya berpisah dgn bekas suami?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan, disebabkan proses fasakh itu masih belum selesai, maka iddah adalah dikira dari hari jatuhnya talak tiga tersebut. Walaubagaimanapun saudara boleh merujuk kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam atau mahkamah syariah yang berdekatan untuk maklumat yang lebih lanjut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 383

message user image