BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan saya mengenai tuntutan cerai. Saya isteri kedua kepada suami saya. Suami telah berkahwin dengan saya tanpa pengetahuan isteri pertama. Selepas bernikah, suami saya telah berlaku jujur pada isteri pertamanya bahawa dia telah bernikah dengan saya. saya berjumpa dan berbincang secara baik dengan isteri pertama suami saya, dia tidak ingin dan tidak menerima bermadu dan meminta saya meminta cerai kepada suami saya. soalan : Berdosakah saya meminta cerai kepada suami saya kerana isteri pertama ingin mengundurkan diri? Berdosakah saya membuat janji dengan madu saya bahawa saya berjanji akan mengundurkan diri demi kebahgiaan mereka sedangkan suami saya adalah seorang yg sangat baik dan berlaku adil pada saya dan dia. Berdosakah saya sekiranya saya ingin meminta cerai sedangkan suami tidak menzalimi saya dan isteri pertamanya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, hukumnya adalah haram seorang isteri memohon cerai dalam keadaan suami telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sepertimana puan nyatakan. Antara sebab yang membolehkan isteri memohon cerai sebagaimana dalam taklik semasa akad nikah iaitu: i. Tidak berkeupayaan menunaikan tanggungjawab nafkah zahir dan batin. ii. Mempunyai penyakit merbahaya yang boleh berjangkit. iii. Tidak pulang ke rumah atau menghilangkan diri tanpa alasan. iv. Menzalimi/ mendera secara mental, fizikal dan emosi serta menyuruh melakukan perkara terlarang serta melarang melakukan suruhan agama. v. Suami tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan beriman. Dalam permasalahan puan, disebabkan hendak memberi keutamaan kepada isteri pertama (madu puan), sebaiknya dibawa berbincang dengan suami, bukan buat keputusan sendiri, kerana cerai adalah hak suami, bukan madu dan juga puan sendiri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 182

message user image