Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya ingin bertanya. Dulu saya ada beli brush make up, tapi baru sekarang saya dapat tahu yang brush tu diperbuat daripada bulu babi. Brush tu saya dah guna lama, dan mestilah pernah terkena air sebab saya basuh dan pernah letak atas meja, dalam beg make up, terkena baju semua dan macam-macam tempat lain lagi.
Setahu saya, syarat sertu ialah bila terkena anjing atau babi dalam keadaan basah. Kalau kering dengan kering, tidak perlu sertu. Jadi sekarang saya keliru sebab brush tu dulu pernah basah dan pernah saya letak atas meja dan dalam beg make up serta tempat-tempat lain tapi saya tak berapa ingat di mana dan brush tu mestilah pernah terkena baju saya semua.
Sekarang semua barang tu dah lama kering sebab saya dah lama tak pakai make up. Jadi soalan saya, adakah saya perlu sertu meja, beg make up, baju, tempat-tempat dan barang-barang lain yang pernah kena brush tu atau cukup sekadar sertu diri saya sahaja atau tak perlu sertu langsung semua benda serta diri saya? Sebab mestilah brush tu pernah basah dan pernah kering, cumanya ketika itu saya tidak tahu menahu brush make up itu diperbuat daripada bulu babi. Jadi saya kurang pasti bila basahnya dan bila keringnya.
Jika saya perlu sertu diri saya, saya kena sertu bahagian mana sahaja kerana saya kurang pasti anggota badan lain yang terkena brush make up itu atau tidak. Dan baju2 lain yang dah basuh dicampur dalam mesin basuh semua itu perlu disertu jugak ke dan mesin basuh semua. Senang cerita katil saya selimut saya semua dah pernah baring-baring apa semua jadi saya kurang pasti. Atau saya perlu sertu satu rumah sebab mestilah saya dah berkeliaran satu rumah dan pegang barang sana sini.
Harap ustaz atau ustazah dapat menjawab persoalan saya kerana sudah lama saya musykil tentang perkara ini sehingga takut dan was-was dengan ibadah saya kerana takut segala ibadah yang saya lakukan tidak sah.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, tiada keperluan untuk melakukan sertu ke atas diri, pakaian, barang atau rumah kerana semua sudah kering dan tiada najis basah yang jelas. Ibadah puan sebelum ini tetap sah dan tidak batal. Cukup abaikan perasaan was was tersebut dan terus melakukan ibadah dengan tenang. Saidina Hasan bin Ali RA iaitu cucu Rasulullah SAW menyatakan:
Maksudnya : Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu. (Riwayat al-Tirmizi)
Sekian, terima kasih.