Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan/puan,
Saya ada ternampak satu video tiktok yang jual blindbox, dan ada cikgu yg beli blindbox tersebut (banyak, macam kalau dulu main tikam, dia beli satu papan tu) dan dia akan bagi hadiah kepada murid. Murid yg bagus, dapat buka satu bahagian tu. Soalan saya, adakah boleh beli blindbox tersebut untuk tujuan hadiah kepada anak murid sbb hukum jual beli blindbox adalah haram kan sbb ada unsur gharar.
Jawapan
Daripada al-Nu’man bin Basyir, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara samar (syubhat) yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga (menjauhi) perkara syubhah (kesamaran), maka ia telah menyelamatkan agama dan maruahnya. (Riwayat Bukhari)
Umum mengetahui, jual beli blindbox adalah haram disebabkan beberapa perkara, iaitu
Oleh yang demikian, harta yang diperoleh melalui transaksi yang fasid tidak sah disedekahkan sebagai sedekah. Sebagaimana yang diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah itu Maha Baik dan tidak menerima kecuali yang baik (Riwayat Muslim)
Sehubungan, itu, pemberian hadiah kepada murid-murid tidak dinilai sebagai sedekah yang sah apabila ia terhasil daripada transaksi blind box yang mengandungi unsur gharar yang ditegah, kecuali jika mekanisme blind box itu sendiri mematuhi prinsip jual beli Islam
Sekian, terima kasih