Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Dizaman Rasulullah adakah pernah dibuat membasuh tetek ibu dan menadah airnya lalu diberi minum pada anak remaja yang degil tidak menghormati kedua ibubapanya, keras hati dan tidak mahu mengerjakan solat?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, adalah tidak dapat dipastikan sumber yang sahih berkaitan perkara tersebut. Berkemungkinan ia hanyalah adat setempat pada masa itu. Bagaimanapun, adalah lebih disarankan bagi ibu-ibu supaya lebih banyak berdoa kepada Allah SWT dalam usaha membimbing dan mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapanya. Banyak doa-doa berasaskan ayat-ayat al-Quran yang dianjurkan untuk diamalkan. Di antaranya amalan berdoa melalui surah at-Toha ayat 1 hingga 5. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.