BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ada terlanggar taklik yg berbunyi "

Dengan Nama Allah, aku bersumpah,

Aku (nama suami), suami kepada (nama isteri),

Jika aku berlaku curang, melakukan perkara yg bertentangan dengan syarak seperti melakukan maksiat bersama orang lain dan memuat turun aplikasi berhubungan dengan wanita lain selain isteriku atas dasar ingin melampias nafsu kerana amarah atau suka suka, maka jatuh talak satu terhadapnya.

Dah buat pengesahan lafaz cerai dan hakim jatuhkan talak 1 pada perbuatan memuat turun aplikasi tu. Saya ada download apps "Omi" pada pertengahan tahun 2023. Sekarang tahun 2025. Saya tak ingat yg saya ada lafaz rujuk atau tidak. Saya rasa macam ada, rasa macam tak. Sebab selama tahun 2023,2024 dan 2025. Ada jugak saya keluar dgn perempuan lain untuk lepaskan nafsu. Jadi selepas setiap kali perkara berlaku, saya lafaz rujuk sorang2 dalam kereta. Dan saya rasa dalam tempoh iddah saya ada bgitau isteri tentang perkara pelanggaran yg lama dan saya rujuk isteri tanpa memberitahu perkara sebenar. Jadi banyak berlaku rujuk sampaikan saya tak ingat rujuk kali pertama download "omi". Selepas rujuk sorang2 dalam kereta, saya ada inform isteri atau tak. Jadi sekarang saya tak pasti ada bgitau isteri tentang rujuk dan dalam iddah atau tak. Jadi saya perlu akad nikah baru untuk hilangkan syubhah ini ke?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kenyataan tuan di atas, perceraian tuan telah disahkan oleh Mahkamah Syariah dan berkaitan rujuk pula adalah sah.

Oleh yang demikian, tuan hendaklah segera ke mana-mana Pejabat Agama Islam yang berhampiran atau Mahkamah Syariah untuk mengesahkan rujuk. Keterangan tuan dan bekas isteri sangat penting bagi membantu Pejabat Agama Islam atau Mahkamah Syariah dalam membuat keputusannya nanti.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 86

message user image