BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan,

Saya masih mempunyai ibu/bapa. Ibu saya suri rumah, bapa saya pesara kerajaan yg menerima wang pencen setiap bulan. Ibu bapa saya bukan penerima mana-mana bantuan dari pusat zakat/baitulmal tetapi menerima bantuan dari kerajaan seperti SARA/Sumbangan Tunai Rahmah(STR) dari kerajaan. Adalah perkara normal bagi saya, memberi duit kepada ibu bapa saya setiap bulan sabagai duit tambahan untuk mereka berbelanja. Persoalan saya, adakah duit yg saya berikan kepada ibu bapa saya itu boleh di kategorikan sebagai Hasil Pemberian atau Sumbangan Tahunan (Hibah, Hadiah, Saguhati, Pencen Pasangan, Sedekah, Pampasan, Harta Pusaka, Mahar Kahwin dsb)?. Bolehkah jumlah wang yg saya berikan kepada ibu bapa saya itu saya gunakan sebagai komponen pendapatan dalam membuat pengiraan zakat pendapatan dibahagian hasil pemberian & sumbangan tahunan ? Sekian soalan saya, terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Duit pemberian kepada ibu bapa dikategorikan sebagai had kifayah isi rumah yang wajar di ambil kira sebagai tolakan pendapatan bagi zakat pendapatan. Oleh itu, tuan boleh memilih opsyen pembayaran zakat dengan tolakan serta kemukakan jumlah tolakan tahunan yang diberikan kepada kedua ibu bapa. Bagi mendapatkan penjelasan lanjut atau pengesahan yang lebih tepat, adalah dicadangkan agar tuan merujuk terus kepada pihak Lembaga Zakat Selangor selaku agensi rasmi yang menguruskan hal ehwal zakat di negeri Selangor.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 27

message user image