BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikun saya nak bertanya semasa bersama dengan isteri air mazi terkena pada bantal dan cadar..jika kami tidur atas bantal pada hari kami tidak bersama dan kami bangun pagi mandi kami tidak basahkan kepala..persoalan saya adakah najis tu berpindah ke rambut ketika kami tidur disebabkan rambut mempunyai minyak kerana agak leceh untuk kerap menukar cadar dan bantal dan kerap membasuh rambut setiap pagi.mohon penjelasan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, jika keluar air mazi yang bercampur dengan air mani sewaktu suami isteri sedang bersama adalah dimaafkan kerana sukar untuk dielak. Oleh itu, kesan titik air mazi/ mani yang terkena pada bantal dan cadar adalah dimaafkan dan tidak menyebabkan penyebaran najis. Namun begitu, adalah disarankan supaya dibersihkan kesan air mazi/ mani tersebut dengan mengelap dan dialirkan air sekadarnya bagi menjamin kebersihan dan kesucian.  

Sehubungan itu, najis tidak tersebar atau berpindah ke rambut apabila tidur di bantal dan cadar tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 25

message user image