BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya baru lepas bedah dan dalam masa yang sama perlu mandi wajib. Saya buat seperti yang demikian mengikut urutan

1. niat mandi wajib

2. sapukan pasir pada balutan luka - tak boleh kena air

3. Mandi meggunakan air bagi anggota badan yang lain

 

Soalan;

1. Adakah sah mandi wajib saya.

2. Ada debu perlu kena setiap inci balutan?

3. Selepas saya bertanya soalan ini jika sah mandi wajib saya adakah jadi tidak sah kerana perlukan kepastian?


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan puan, 

1) Mandi wajib yang dilakukan adalah sah. Ini kerana dengan berdasarkan kepada buku Panduan Bersuci Dan Solat Bagi Pesakit yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (JAKIM), jika seseorang pesakit yang sebahagian besar anggota badannya boleh terkena air sedangkan kecederaannya sedikit hendaklah mandi dan membasuh bahagian yang boleh terkena air mengikut kemampuan. Selebihnya hendaklah disapu dengan air. 

2) Bukan debu yang perlu disapu pada setiap inci balutan tetapi air yang perlu disapu pada balutan tersebut jika dibolehkan oleh doktor. Sekiranya tidak boleh, maka cukup sekadar membasuh bahagian yang boleh terkena air mengikut kemampuan dan selebihnya hendaklah disapu dengan air.

3) Mandi wajib puan adalah kekal sah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 29

message user image