BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya nak bertanya. Suami saya nak buang makanan yang telah basi ke dalam tong sampah. Sambil buang makanan tersebut dia ada menyebut "aku lepaskan kau dengan rela hati" yang dituju ke makanan tersebut tetapi saya terdengar. Apakah hukum nya ustaz? Adakah boleh dikira lafaz talak kinayah walaupun dia hanya bercakap dekat makanan tetapi saya tiba-tiba terdengar? Bagaimana pula jika menyanyi lagu yang mempunyai lirik berunsur perpisahan ketika sedang memandu kereta. Mohon penjelasan. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan :

Lafaz suami puan "aku lepaskan kau dengan rela hati" yang ditujukan kepada makanan yang buang dan tiada niat untuk menceraikan isterinya dalam lafaz tersebut, maka ia tiada kaitan dengan talak dan ia tidak menyebabkan apa-apa implikasi hukum samada jatuh talak atau tidak.

Begitu juga, persoalan puan berkaitan tentang menyanyi lagu yang mempunyai lirik berunsur perpisahan. Ia juga tidak menyebabkan jatuh talak sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Zakariya Al-Ansori  bahawa tidak termasuk dari talak adalah bercerita tentang talak orang lain, dan penjelasan talak seorang ahli fiqh, dan panggilan dengan kata "Taliq" (orang yang dicerai) bagi wanita yang bernama Taliq. Menyanyi lagu yang liriknya berkaitan dengan perpisahan itu umpama bercerita tentang orang lain yang berhadapan dengan perpisahan.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 93

message user image