BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Seorang isteri disihir oleh suaminya bertujuan menundukkan isteri mengikut kemahuannya seperti duit sehingga merosakkan hubungan dengan keluarga kandung isterinya. Soalan saya, adakah berdosa keluarga si isteri yang bertindak melindungi si isteri daripada terus dikeldaikan oleh si suami dengan salah satu cara ialah mengambil si isteri dan menjaga serta melarang isteri daripada bertemu suaminya? Untuk pengetahuan, dari awal perkahwinan mereka memang duduk bersama keluarga isteri sehingga kini. Tetapi dalam tempoh 2 tahun lebih ini si suami tidak lagi tinggal bersama.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, isu ini tidak boleh dilihat dari sebelah pihak sahaja, kerana ia melibatkan pelbagai aspek. Apabila seorang isteri telah bernikah, maka suaminyalah yang bertanggungjawab ke atasnya dan isteri wajib taat kepadanya selagi mana ketaatan itu tidak menyalahi syarak, dan jauhilah dari perkara yang menyebabkan nusyuz. Justeru, berdosa hukumnya jika ada cubaan untuk memisahkan isteri dengan suaminya. Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bukan dikalangan kami (umat Nabi Muhammad SAW) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya” (Riwayat Abu Daud) Jika wujud dakwaan berkenaan sihir, ia perlu dikenalpasti dan hindarilah dengan bacaan ayat al-Quran, rukyah dan doa agar Allah SWT sentiasa melindunginya daripada perbuatan sihir dalam rumahtangga mereka. Jika suami tidak lagi mahu tinggal bersama keluarga isteri, itu adalah pilihannya dan isteri wajib ikut suaminya. Soal duit mereka, sebaiknya mereka suami isteri boleh berbincang dan mengurusnya dengan baik tanpa campurtangan keluarga. Doakan yang baik-baik untuk rumahtangga mereka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 92

message user image