BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan Mufti

Saya ingin bertanya tentang hukum sertu berkaitan anjing.

Dulu saya bekerja, adakalanya saya ke luar negara.bila tiba di airport luar negara, security arahkan anjing untuk hidu beg baju Dan beg tangan saya, bersama rakan kerja saya yang lain.

Kebetulan waktu saya, anjing itu cium beg tangan saya Dan basahan dari hidung anjing itu melekat pada beg tangan saya. Saya hanya minta kawan saya untuk tolong lapkan dengan tissue. Dan kerana kejahilan saya waktu itu, saya tidak melakukan sertu (7 Kali basuhan yang Salah satunya bercampur air tanah).

Saya tak lakukan sertu langsung kerana kejahilan saya .

Dan sekarang 10 tahun sudah berlalu sejak kejadian itu. Dan beg itu pun sudah lama tiada dengan Saya kerana saya sudah berhenti kerja 1 tahun lebih selepas kejadian itu. Saya tertanya-tanya tentang apa yang patut saya lakukan Dan bagaimana dengan ibadah yang selama ini saya lakukan. Dan barang-barang yang saya sentuh.

Saya risau. Sekarang ini baru saya mendalami Ilmu agama. Dulu saya jahil.

Harap Tuan Mufti dapat menjawab pertanyaan saya ini.

Sekian, terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, jika diyakini terdapat basahan daripada hidung anjing yang terkena pada beg tangan puan, maka kawasan tersebut sepatutnya dibersihkan dan disucikan melalui kaedah sertu, iaitu tujuh kali basuhan dan salah satunya dengan air bercampur tanah. Namun, sahabat puan telah menghilangkan ain najis tersebut menggunakan tisu sahaja tanpa melakukan sertu. Oleh itu, beg tersebut dianggap bersih daripada najis, tetapi belum suci menurut kaedah sertu.

Disebabkan perkara ini telah berlaku lebih daripada 10 tahun yang lalu dan beg tersebut juga tidak lagi berada dalam simpanan puan, maka puan tidak perlu melakukan apa-apa lagi berkaitan hal tersebut. Mohonlah keampunan daripada Allah SWT atas kekurangan ilmu pada waktu itu. Semoga Allah SWT menerima segala amalan ibadah yang telah puan lakukan sebelum ini.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 25

message user image