BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya dan ingin meminta nasihat atas apa yang saya ingin sampaikan. Saya menyesal dan saya rasa bersalah berat atas apa yang terjadi. straight to the point. Saya sudah terlanjur dlam hubungan dengan seorang wanita yg saya cintai. Apa yang terjadi sekarang. Kami baru berpisah, Bukan saya yg inginkan terjadi tetapi pasangan saya buat keputusan mengejut ni. Saya sangat sayang pada dia. Dia menghilangkan diri dan putuskan komunikasi antara kami. Sehingga saya cari dan berhubung dengan orang yg ada kaitan dengan dia seperti family dia dan saudara dia. Tetapi dia tidak hubungi saya semula walaupun setelah pesanan saya disampaikan melalui saudara dia. sehinggakan saya buat pengakuan pada ibunya dan salah seorang saudaranya kerana saya tak ada pilihan lain. Tetapi apa yang saya lakukan tidak juga ada perubahannya. Family dia pun berdiamkan diri walaupun saya dh buat pengakuan bahawa kami telah terlanjur sebelum ni beberapa kali. Saya tahu ia salah dan tidak patut buka cerita tentang ni, disebabkan saya tak tertahan emosi dan rasa "aku kena bagitau jugak tak kesah lah apa jadi, sebab kami lakukan pun suka sama suka." Saya nk bertanggungjawab atas hubungan yg kami lakukan tetapi sehingga harini tiada jawapan bagi saya. Sepatutnya kami kene bertanggungjawab sesama kami soal ni. Saya pula orang yg memecahkan dara dia. Saya sangat bersalah...inilah terjadi bila nafsu yg diikutkan. Apa perlu saya buat? Jika saya berhati dan berfikiran jahat tidak baik, Saya biarkan sahaja perkara ni dan lepaskan diri dan tidak ambil tahu tentang dia. Tapi saya bukan lelaki yang begitu yang hanya ambil kesempatan atas seseorang wanita dan lepaskan diri. Yang terjadi sekarang. Saya pula rasa diri saya digunakan , situasi terbalik.hmmm Berkall ajak berbincang soal ni. Didunia memang boleh selamat saya takmahu semasa hidup dan meninggal dlam keadaan tidak tenang. Apa perlu saya buat? ajak berbincang tiada respon. Taubat ? ya saya menyesal dan taubat pada Ilahi. Tapi hati tetap tidak tenang kerana hal ini. Wajib nikah  jika sudah terlanjur sama ada tidak hamil atau pun hamil kan? Tapi adakah satu kesempatan lepaskan diri jika tidak hamil ? bagaimana perbuatan ini tidak diambil berat dan bertanggungjawab? Sebagai lelaki saya akui kesalahan ini.Tapi bukan silap dari saya seorang kerana Kami bersama lakukannya atas kehendak dari kami berdua. Saya tak tahu perlu berbuat apa. Kalau diikutkan sayang saya ingin bernikah dengan nya untuk perbaiki semula semua ni dan taubat bersama. Saya tidak mahu dituduh merosakkan anak dara orang. Sebabkan saya lelaki mesti tuduhan dan kesalah diletakkan pada saya secara total. Tidak siapa tahu betapa teraniaya perasaan dan mental saya sekarangni sehingga dapat penyakit. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan saudara :

Secara umumnya, syarak tidak meletakkan hukum mana-mana lelaki atau perempuan yang berzina wajib menikahi pasangan zinanya tersebut.  Ia adalah bergantung kepada persetujuan dan kesediaan pasangan tersebut untuk berkahwin atau tidak. Mana-mana pihak tidak boleh memaksa pasangannya untuk bernikah dengannya. Tetapi sekiranya pasangan tersebut telah bertaubat dengan taubat yang nasuha dan mereka sama-sama rela dan bersedia untuk berkahwin maka ia dianjurkan atau digalakkan untuk berkahwin.

Namun sebaliknya, jika pasangan saudara tidak bersedia untuk berkahwin, maka saudara tidak boleh menggunakan kaedah paksaan kerana ia akan lebih memberikan kesan yang tidak baik terhadap perkahwinan yang bakal dibina tersebut.

Oleh yang demikian, berbincanglah dengan cara yang baik. Gunakanlah khidmat pihak ketiga atau orang tengah yang thiqah atau dihormati untuk membantu memudahcarakan perbincangan tersebut. Selain itu, banyakkan berdoa kepada Allah SWT agar urusan saudara dipermudahkan Allah SWT dan seterusnya belajar untuk redha kerana setiap apa yang berlaku itu pastinya ada hikmah yang terbaik disediakan oleh Allah SWT untuk anda berdua insya Allah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 81

message user image