BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam, maaf bertanya ya, situasi semasa nabi yunus berada di atas kapal, baginda di campak atau baginda sendiri melompat ke laut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Nama asalnya ialah Yunus bin Matta. Beliau adalah seorang nabi dan rasul yang diutus oleh Allah SWT untuk menyebarkan ajaran tauhid kepada penduduk di sebuah tempat bernama Niwana. Beliau pergi ke daerah itu seperti yang diperintahkan Allah dan menerangkan peranannya sebagai pesuruh Allah serta mengajak mereka agar menyembah Tuhan Yang Esa yang mencipta mereka dan alam semesta ini.

Bagaimanapun penduduk di situ enggan menerima dakwah yang di bawa oleh Nabi Yunus AS. Sebaliknya tetap berpegang kepada ajaran nenek moyang yang menyembah berhala. Alasan mereka menolak dakwah Nabi Yunus AS ialah kerana tidak pernah mendengar tentang ajaran itu sebelum ini. Apatah lagi utusan Allah itu adalah orang asing yang tidak mempunyai darah pertalian kekeluargaan dengan mereka.

Imam al-Baghawi menukilkan satu riwayat daripada Ibnu Abbas RA mafhumnya: Semasa Nabi Yunus berada di kapal, kapal tersebut hampir tenggelam disebabkan laut yang bergelora. Ringkasnya, mereka yang berada di atas kapal perlu mencabut undi untuk menentukan siapa yang dikeluarkan daripada kapal bagi mengurangi beban kapal. Beberapa kali undian dicabut, tetap Nabi Yunus AS yang terpilih. Oleh itu, Nabi Yunus merelakan diri terjun ke dalam laut. (rujukan: Tafsir al-Baghawi).

Perlu dinyatakan bahawa semua yang berlaku ini adalah kehendak Allah SWT dan ada hikmah yang tersembunyi disebalik peristiwa ini.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 45

message user image