BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalam,

Saya ingin bertanya, pada suatu hari saya pulang ke rumah setelah 16 hari bekerja di luar. Setiba di rumah, sy melihat leher isteri saya merah seperti kesan love bite. saya bertanya dan dijawab, dia tidak mengetahui tanda itu hadir selepas sedar dari tidur. Saya tidak dapat memastikan benar atau tidak. Lalu saya berkata, saya ada 2 soalan dan jika kamu berbohong tentang 2 soalan ini, maka jatuh lh talak 3. Saya lafaz dengan niat hendak bercerai sekiranya dia berbohong.

Soalan 1: Pernahkah kamu bersama atau berhubung badan dengan lelaki lain selain saya sepanjang perkahwinan ini. Dijawab isteri tidak

Soalan 2: Adakah kesan dileher itu bekas digigt manusia. Dijawab isteri tidak.

Saya mengulangi pertanyaan saya sebanyak 3 kali bagi setiap soalan. Baru-baru ini saya ada bertanye kepada isteri adakah dia bercakap benar kerana saya takut kami bukan lagi suami isteri, lalu dijawab isteri dia berkata benar, jika tidak benar pon tidak boleh jatuh talak 3 terus, dikira talak 1 saja dan kita telah melakukan hubungan badan sudah dikira rujuk.

Saya tidak tahu sama ada isteri bercakap benar atau berbohong. Hati saya jadi tidak tenang memikirkan adakah kami masih suami isteri atau tidak. Bagaimana status kami jika isteri saya benar-benar berbohong pada waktu itu dan tidak mau berkata benar. Mohon penjelasan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, ucapan 'jika kamu berbohong tentang 2 soalan ini, maka jatuhlah talak 3' termasuk dalam lafaz talak ta'lik yang mana jika syarat yang disebut berlaku, maka jatuh talak. Dalam situasi ini, talak tidak jatuh kerana tidak diketahui secara pasti adakah isteri tuan berbohong atau tidak, maka ia kembali status yang diyakini, iaitu tidak berlaku perbohongan. Ini berdasarkan kaedah fekah yang menyebut:

اليقين لا يزال بالشك

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan(syak).

Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti dalam mengesahkan suatu lafaz talak atau taklik talak itu sah terletak pada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau pengesahan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Undang-undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Rendah Syariah terdekat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 75

message user image