Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
bapa saya telah meninggal 20 tahun lalu. ibu saya baru meninggal. saya ada 6 orang adik beradik. 5 perempuan (termasuk saya) dan 1 orang lelaki. soalan saya. atok saya (bapa ibu) telah meninggal dia ada 12 orang anak (termasuk ibu saya) harta atuk untuk bahagian ibu masih belum d bahagi kepada ibu. setelah ibu meninggal adakah harta atok (bahagian ibu) dapat kepada kami (anak2 ibu iaitu cucu atok)
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, bahagian harta atuk yang sepatutnya menjadi hak ibu tetap diwarisi oleh anak-anak ibu walaupun ibu telah meninggal dunia, dengan syarat ibu masih hidup ketika atuk meninggal. Bahagian tersebut dianggap sebagai harta pusaka ibu dan hendaklah dibahagikan kepada waris ibu mengikut hukum faraid.
Sekian, terima kasih.